Thursday, 28 August 2014



TAJUK : PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN 
(Bawakan kisah-kisah ahlak Rasulullah dan sahabat dalam konsep tolenrasi agama)
Pensyarah Pengajian Malaysia : Puan Masitah Binti Ali
Sesi : Jun 2014




Fatin Nazirah Binti Anuar 
08DEP14F1001
Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 



Nur Husna Binti Mohd Hafiz
08DEP14F1067
Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik




Muhammad Azwan Bin Pakhalan
08DEP14F1085
Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik





Nuraliyah Binti Tabri
08DEP14F1016
Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik




Imaan Nabilah Binti Nor Faisal
08DEP14F1022
Diploma Kejuruteraan Elektronik (komunikasi)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik




PENGHARGAAN

Puji syukur kami panjatkan kehadrat Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberikan rahmat serta kurniaNya kepada kami sehingga kami berhasil menyiapkan tugasan yang bertajuk "bawakan kisah - kisah akhlak rasulullah dan  sahabat dalam konsep toleransi beragama" tepat pada masanya. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Puan Masitah  Binti Ali kerana memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini.    

Dengan berisikan informasi tentang kisah - kisah akhlak rasulullah dan sahabat dalam konsep toleransi beragama kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kisah-kisah akhlak ini mampu kita semua jadikan pedoman serta pengajaran untuk kita semua teladani agar kita terus hidup dalam keadaan yang sejahtera meskipun berbeza kaum serta agama .Diharapkan juga kisah- kisah ini juga mampu menghakis sikap pentingkan diri dalam diri kita.      

Akhir kata kami sampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini dari awal hingga akhir.

SEKIAN




Pengenalan Tajuk 



Tajuk : Ahlak Rasulullah SAW dan Sahabat dalam Konsep Tolenrasi Agama


Salah satu ciri bagi sesebuah masyarakat yang berjaya ialah sikap toleransi dalam masyarakat beragama . Malahan sikap toleransi dalam beragama ini juga mampu mengekalkan isu perpaduan kaum di negara kita yang semakin hari semakin pudar dalam setiap diri penduduk di negara kita. Sikap toleransi antara kaum ini telah bermula sejak sekian lama dahulu . Hal ini dibuktikan lagi dengan sejarah di mana sikap toleransi dalam beragama ini mampu dilihat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di mana satu persetujuan dicapai oleh kaum terbesar di negara kita iaitu India dan Cina untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi di Tanah Melayu. Meskipun agama Islam telah menjadi agama rasmi di negara kita tetapi penganut agama lain seperti hindu dan buddha masih lagi boleh mengamalkan agama mereka sendiri. Meskipun pegangan dan kepercayaan kita berbeza kita seharusnya saling bertolak ansur antara satu sama lain agar kesejahteraan di negara kita terus utuh.

  “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (al-imran,75)





ISI




1) Saling mengambil berat antara satu sama lain   
    
Pengajaran ini boleh kita ambil daripada satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda menyembelih seekor kambing. Baginda bertanya kepada para sahabat adakah mereka akan memberikan daging sembelihan itu kepada tetangga mereka yang bukan beragama Islam? Seorang sahabat Nabi iaitu Abdullah bin Amar berkata bahawa Nabi sering berpesan supaya kita sentiasa berbuat baik kepada jiran kita meskipun mereka berbeza agama dengan kita.

PENGAJARAN :  Kita hendaklah melayani jiran kita dengan baik meskipun kita berbeza agama kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan kita.


4) Saling bertolak ansur

Sikap tolak ansur ini kita dapat lihat melalui piagam Madinah di mana Nabi telah memberi kebenaran kepada Musyrikin Mekah untuk mengamalkan agama mereka akan tetapi mereka juga tidak boleh mengganggu umat islam.Nabi tidak akan menghalang mereka selagi mereka tidak melampaui batas dan menghormati hak-hak orang islam.

PENGAJARAN : Kita hendaklah saling bertolak ansur antara satu sama lain agar tidak timbul isu perkauman serta perbezaan agama yang mampu membawa pergaduhan.


3) Tiada paksaan dalam agama

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abbas,seorang lelaki dari sahabat Ansar datang kepada Nabi dan meminta izin kepada nabi untuk memaksa dua anaknya yang beragama Nasrani supaya beralih memeluk islam dan menjadi seorang muslim.Namun Nabi menolak permintaan dan memberitahu lelaki itu bahawa tiada pemaksaan kepada seseorang dalam beragama.


PENGAJARAN : Ini jelaslah menunjukkan meskipun kita mempunyai pegangan teguh terhadap agama yang kita anuti tetapi kita tidak berhak memaksa orang lain untuk menurut kehendak kita kerana setiap orang diberi pilihan untuk memilih kepercayaan serta agama mereka sendiri.



4) Menghormati orang lain
                                                                                      
Teladan ini dapat kita perolehi kisah Nabi apabila para sahabat tidak berpuas hati dengan Nabi kerana pada saat jenazah seorang yahudi melewati Nabi,Nabi berdiri sebagai tanda menghormati jenazah tesebut.Sahabat memprotes serta mempersoalkan tindakan Nabi kerana bagi mereka jenazah itu tidak layak dihormati kerana beragama Yahudi.Nabi berkata meskipun dia seorang Yahudi,kita masih tetap menghormati kerana dia juga seorang manusia biasa.

PENGAJARAN : Kita haruslah menghormati orang lain meskipun orang itu berbeza agama dengan kita kerana kita adalah sama.















video





KESIMPULAN 

Kesimpulannya, maka dapatlah kami simpulkan bahawa betapa pentingnya kedudukan agama dalam pembangunan, kerana agama tidak hanya sekadar pembinaan kesusilaan semata- mata, tetapi juga sebagai pengarahan dan pendorong umatnya untuk bergiat aktif bersama-sama dalam membangun masyarakat, bangsa dan Negara dalam mengisi kemajuan ketamadunan bangsa bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan yakni pembangunan dari segala bidang termasuk pembangunan manusia seutuhnya, demi mencapai kehidupan masyarakat yang tenteram, damai, adil dan makmur. Untuk itu, tujuan yang paling tepat dalam membina dan membangunkan manusia adalah AGAMA iaitu dengan mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama yang sesuai dengan apa yang telah tersurat dan tersirat dalam kitab suci agama. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah begitu sahaja jika kita gagal untuk memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.

Selain itu,kami juga berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain serta sering bersatu padu antara kaum agar mengelakkan isu tidak puas hati antara satu sama lain. Dengan kukuhnya hubungan antara kaum ini ia mampu mengelakkan kita dimanipulasikan oleh pihak luar yang bertujuan menghasut kita ke arah perpecahan. Bak kata peribahasa Melayu "bersatu kita teguh bercerai kita roboh".



PAUTAN

1. Buku Pengajian Malaysia ( Mardiana Nordin )
2. http://www.ismaweb.net/2014/02/konsep-toleransi-agama-menurut-syarak/
3. http://www.masjidalakbar.com/khutbah1.php?no=874. Buku pendidikan Al-quran
4. Buku Teks Pendidikan Al-quran dan As-sunnah tingkatan
5. http://www.youtube.com/watch?v=sjnp_Bzik8U









No comments:

Post a Comment